Followers

Sunday, January 25, 2015

BELAJAR BERMAIN BIOLA 2

Cara yang betul untuk bermain biola adalah dengan memegang dengan tangan kiri, dan penyangga dagu diapit dengan dagu dan bahu kiri. Anda juga boleh menggunakan penyangga bahu (shoulde rest) untuk mendapatkan posisi yang betul serta memberi keselesaan kepada pemain.

Walaupun ada beberapa pemain biola yang memainkan biola dengan kidal, namun majoriti pemain biola, kidal atau tidak bermain biola dengan memegang biola menggunakan tangan kiri dan busur di tangan kanan.


POSISI JARI

Jari tangan biasa diberi nombor 1 (telunjuk) hingga 4 (kelingking), dan not-not musik, penomboran jari adalah bertujuan untuk menanda jari mana yang harus digunakan.
Nombor 0 bererti nada terbuka (jari tidak menekan senar).

Gambar di bawah menunjukkan cara bagaimana memegang leher biola dan kedudukan cari untuk menekan senar dari senar G hingga senar E.



Gambar di bawah pula menunjukkan cara memegang busur (bow) yang digunakan untuk menggesek biola pada posisi yang betul dan adalah cara yang biasa dipraktikkan oleh pemain biola.



Tangan kanan sebagai pemegang busur memiliki peranan penting dalam mencipta bunyi biola.
Dengan mengetahui teknik-teknik menggesek dengan cara yang baik, maka seorang pemain dapat mengatur bunyi yang dihasilkan biola.Suara yang dihasilkan lebih keras jika busur digesek dengan kecepatan tinggi atau dengan memberi tekanan pada senar biola.

Posisi senar yang digesek juga mempengaruhi bunyi yang dihasilkan.Senar yang digesek di bahagian jambatan biola akan lebih besar bunyinya berbanding digesek jauh dari jambatan biola.

Ada banyak teknik menggesek biola untuk menghasilkan berbagai bunyi di antaranya adalah legato, collé, ricochet, sautillé, martelé,spiccato dan staccato.

Sekian sahaja asas biola untuk kali ini... nantikan artikel seterusnya... terima kasih.



AIZEL MUSIC ACADEMY
16-1 (1ST FLOOR)
UKAY BOULEVARD
MRR2 HULU KLANG
68000 AMPANG
SELANGOR.
(OPOSITE ZOO NEGARA)
CALL US NOW: 03-4162 4221/ 012-315 7090



No comments:

Post a Comment