Followers

Sunday, January 25, 2015

BELAJAR BERMAIN GITAR 2


CARA MEMEGANG GITAR

Mungkin anda sudah tahu cara memegang gitar dengan melihat artis atau kawan anda bermain gitar.
Biasanya kebanyakkan orang bermain gitar dengan menggunakan tangan kanan tetapi ada segelintir yang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.Orang yang suka bermain gitar menggunakan tangan kiri digelar sebagai kidal.

Di bawah adalah contoh cara yang betul untuk memegang leher (neck) gitar.



Menggengam neck gitar akan menyusahkan anda semasa menekan tali gitar yang paling bawah seperti kord D. Jadi, pastikan anda tidak menggengam neck gitar semasa bermain gitar.

Gaya duduk klasik adalah gaya paling tepat berbanding gaya lain kerana gaya tersebut memudahkan anda memegang gitar dan senang untuk anda menekan tali kord gitar. Sila lihat gambar di bawah.


Tetapi untuk yang baru mula belajar bermain gitar anda boleh memilih posisi yang anda rasa paling suka bagi mengelakkan rasa kurang selesa iaitu samada duduk bersila atau berdiri. Anda boleh menukar posisi yang lebih bergaya apabila anda telah biasa bermain kord dan memetik gitar dengan betul.


 Jangan lupa untuk ikuti artikel asas bermain gitar seterusnya... Sekian sahaja asas pada kali ini.


















No comments:

Post a Comment